CARA MENGUJI KEASLIAN MADU


Bagaimana kita nak tahu bahawa madu itu 100% madu asli atau telah diubah / bukan asli?

Peringatan penting! Anda hendaklah mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah. Pastikan beliau adalah seseorang yang dipercayai dan amanah. Jika beli di kedai atau dari pengedar madu pastikan botol madu tersebut berlabel, syarikat berdaftar, ada alamat, no telefon penjual, email, laman web dan sebagainya.

Okay, berbalik semula dengan topik kita. Di sini ada beberapa tips yang biasa orang lakukan dan juga cara saintifik pengujian keaslian madu. Sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran kepada para pencinta madu seperti anda 🌝

1 – Lidah
Jika anda sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli), maka lidah anda tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.

2 – Bentuk Sarang Lebah Dalam Air – Hexagon
Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.
Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas/pinggan yang tapaknya rata. Masukkan sedikit air kosong (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan.
Pusingkan bekas mengikut arah lawan jam. Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon (sekitar 1 minit ).
Adakala bentuk hexagonnya memang sama seperti hexagon sarang lebah. Dan adakala bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah tetapi masih hexagon.
Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar samada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubahsuai yang dijual atas nama madu asli.
Ujian bentuk sarang lebah ini sebenarnya sudah cukup memadai kerana jika madu tiruan ianya tidak akan dapat membentuk sama sekali.
Bentuk sarang lebah atau hexagon terhasil selepas beberapa ketika memusingkan pinggan


3 – Kertas Putih
Celupkan sudu ke dalam madu dan titiskan di atas sehelai kertas putih. Lihat kesan pada kertas putih di sekeliling madu.
Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas. Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak. Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan.
Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu. Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya. Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan, kebiasaannya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.
Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas

4 – Air Kosong
Masukkan air kosong ke dalam gelas kaca yang lutsinar. Kemudian titiskan madu ke dalam air.
Lihat madu asli akan terus turun ke dasar cawan sementara madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai ke dasar cawan.

4 bentuk ujian yang pertama ini mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi, namun ketepatannya sukar untuk dipastikan. Bagi bentuk ujian yang berikut ini pula, ianya sangat tepat dan memerlukan sedikit kos.


5 –  Ujian Makmal
Madu Lebah Asli menepati ciri-ciri berikut berdasarkan ujian makmal:

i- Jumlah Gula Penurun (Fruktosa + Glukosa + Maltosa) = minima 60%

ii- Nisbah Fruktosa/Glukosa = >1.00

iii- Kandungan Sukrosa = tidak melebihi 5%

iv- Kandungan HMF = *tidak melebihi 80mg/kg

* Bagi madu dari negara tropikal menurut International Honey Commission.

Untuk kepastian dan kesahihan ketulenan dan kualiti madu, ujian terdiri daripada 3 fasa untuk Analisa Madu yang dijalankan di makmal :-

Pertama (Ketulenan madu)
✔ Kandungan gula
 Tahap hidroksimetilfulfuraldehid (HMF)
 Aktiviti enzim

Kedua (Kualiti madu)
 Aktiviti antioksida

Ketiga (Unsur lain)
 Analisis logam berat
 Toksikan (pyrrolizidine alkaloid)

Klik sini untuk lihat keputusan ujian makmal ke atas Madu Tualang Asli Syairtimur.

Demikianlah tadi beberapa bentuk ujian yang boleh dijalankan untuk memastikan madu adalah benar-benar asli dan juga sebagai panduan untuk kita supaya tidak tertipu dengan penjual madu tiruan.


Dapatkan tawaran lebih JIMAT Madu Tualang Asli di sini (klik sini).


'Ke Arah 1 Rumah, 1 Bekas Madu Asli'

No comments:

Post a Comment